JAWATAN KOSONG
Kami merupakan sebuah Syarikat “Government Linked Company (GLC) “ yang terlibat dengan aktiviti pembalakan dan pengilangan kayu gergaji. Selaras dengan perkembangan Syarikat , kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan , berpengalaman dan berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:
PEMANDU/PEMBANTU OPERASI (KONTRAK)
BERTANGGUNGJAWAB MENJADI PEMANDU KEPADA PENGURUS BESAR SYARIKAT
DAN MELAKUKAN KERJA-KERJA AM / TUGASAN LAIN JIKA DIPERLUKAN
Syarat Kelayakan:
- Memiliki kelulusan SRP/PMR atau SPM
- Memiliki Lesen Memandu Kelas B2 & D yang sah
- Mempunyai pengalaman kerja berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun
- Keutamaan diberi kepada calon yang tinggal di sekitar Kota Bharu
- Warganegara Malaysia, Lelaki berumur 30 ke 40 tahun
- Tiada rekod saman, senarai hitam atau rekod jenayah.
- Tidak merokok dan bebas dari penggunaan alkohol/ dadah.
- Mahir menggunakan aplikasi pandu arah (Waze, Google Maps).
- Menepati waktu bertugas.
- Berpakaian kemas dan bersih.
- Amanah, berdedikasi, jujur dan berdisiplin.
- Bersedia untuk bekerja lebih masa dan pada hujung minggu/ cuti am.
- Menitik beratkan penjagaan kenderaan syarikat dengan baik, sentiasa memastikan kenderaan syarikat dalam keadaan yang baik dan bersih.
- Menepati waktu dan bertanggungjawab dengan kerja yang telah diamanahkan.
- Boleh mendengar dan menerima arahan dengan baik.
- Kemasukan segera
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai/Anggota yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Calon-calon yang berminat dikehendaki menghantar surat permohonan , resume yang lengkap, salinan sijil-sijil asal berserta gambar berukuran pasport ke:
- Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.
Tingkat 5, Bangunan PKINK,
Jalan Tg Maharani 15000 Kota Bharu,
Kelantan.
(e-mail: kpk@kpksb.com)
- Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2020 (khamis)
- Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi.
- Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas SEBULAN dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.